Mei Hotel Penang

Hotel Mei merupakan hotel 3 bintang yang mempunyai 15 tingkat merangkumi 96 bilik dan 35 ruang letak kereta. Kami amat berbangga menjadi bangunan tertinggi di kawasan ini dengan keindahan pemandangan bandar Georgetown, Bukit Bendera dan Pelabuhan Pulau Pinang menuju ke arah Bukit Mertajam.

Kemudahan

Kami sentiasa bersedia untuk melayani anda dibahagian penyambut tetamu 24 jam kami. Selain itu, kami juga mempunyai restoran dengan pelbagai pilihan makanan & minuman serta dewan serbaguna untuk digunakan bagi majlis-majlis tertentu.

Bilik & Suite

Bilik-bilik di hotel kami amat selesa dan memenuhi segala keperluan anda seperti perabot serba moden, pancuran mandian panas, penghawadingin yang sejuk dan lain-lain lagi dimana dapat melengkapkan penginapan anda dengan sempurna di Pulau Pinang.

Kunjungi Kami

Hotel Mei hanya terletak 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dengan menggunakan kereta.