FAQ

- blue line -

Tempahan

1. Bagaimana saya boleh membuat tempahan?

  • Hubungi kami melalui Facebook Messenger
  • Hubungi khidmat penyambut tetamu kami di talian +604 217 0555
  • Secara langsung di hotel (berdasarkan ketersediaan)

2. Berapakah harga bilik?
Harga kami adalah tertakluk pada permintaan & ketersediaan. Hubungi kami melalui Facebook Messenger / +604 217 0555 untuk kadar harga yang terbaik.

3. Adakah sarapan pagi akan disediakan?
Kami mempunyai harga bilik dengan sarapan pagi dan tanpanya.


Pembayaran & Pembatalan

1. Bagaimana saya boleh membuat pembayaran?
Pembayaran dapat dilakukan sewaktu pendaftaran masuk bilik di bahagian penyambut tetamu.

2. Adakah saya perlu membayar deposit sebelum mendaftar masuk?
Tidak, pembayaran penuh dengan deposit sebanyak RM50 hanya akan diambil sewaktu pendaftaran masuk bilik sahaja.

3. Jika saya perlu membatalkan tempahan adakah saya perlu membuat sebarang pembayaran?
Kami tidak akan mengenakan sebarang caj untuk pembatalan. Tetapi kami amat menghargai jika anda memaklumkan kepada kami dengan lebih awal.


Informasi Am

1. Dimanakah Hotel Mei?
Hotel Mei terletak di tengah-tengah bandar Georgetown, 5 minit dari Komtardan 15 minit dari tapak Warisan Unesco.

2. Adakah Hotel Mei mempunyai ruang parkir kereta? Adakah saya perlu membayar?
Kami menyediakan ruang parkir percuma yang boleh diakses melalui lif kereta.

3. Adakah Hotel Mei menyediakan pemindahan lapangan terbang percuma?
Tidak, kami tidak mempunyai pemindahan lapangan terbang percuma pada masa kini.Walaubagaimanapun, kami boleh menguruskan pemindahan lapangan terbang untuk anda melalui pembekal-pembekal pengangkutan kami pada harga tertentu. Selain daripada itu, anda boleh menggunakan GRAB kepada Hotel Mei.