Mengenai Hotel Mei

- blue line -

Hotel Mei Pulau Pinang terletak di persekitaran restoran dan pusat penjaja di Lorong Abu Siti, serta destinasi tumpuan di bandaraya Georgetown. Ianya hanya 30 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Pulau Pinang dan 10 minit pemanduan dari Pelabuhan Pulau Pinang. Hotel ini juga terletak berhampiran kawasan Tapak Warisan Unesco Pulau Pinang.


Di Hotel Mei, kesemua 96 bilik kami direka khas mengikut konsep minimalis bagi mewujudkan suasana santai dan keselesaan untuk anda, serta dilengkapi dengan perkakas bilik air dan peti keselamatan digital. Hotel ini juga menyediakan ruang parkir percuma yang boleh diakses melalui lif kereta, perkhidmatan Wi-Fi berkelajuan tinggi percuma di semua kawasan dan khidmat penyambut tetamu 24 jam.